Saturday, November 27, 2010

Terapi Diri Mendengar Bacaan Ayat Ruqyah MP3 (DIY healing)

 "DO IT YOURSELF (DIY) terapi diri merupakan satu lagi ikhtiar kita memohon pada Allah melalui bacaan al quran ayat rukyah mengubati diri dari penyakit gangguan penyakit disebabkan makhluk halus yang jahat.  Allah swt telah menganugerah al quran bukan sahaja sebagai petunjuk dan penyelamat manusia dan hidup dengan cara ISLAM  sebagai ugama yang sempurna ,tatapi juga agar dapat melindungi kita hidup dalam kejahilan . Getaran atau "frequency" yang dihasilkan dari getaran alquran memang dashyat, dengan izin Allah dapat menghancurkan gunung , Al Quran juga dibaca bukan sahaja dapat pahala tetapi juga menenangkan jiwa dan penawar bagi  penyakit rohani dan jasmani.. 

Penyelewengan Dukun dan Pengamal Perubatan .
Apa bila seseorang dilanda penyakit gangguan makhluk (gmh)halus perubatan secara moden tidak akan memberi kesan yang positiv melainkan punca gangguan itu di keluarkan. Ada yang berakhir dengan "gila" dan mungkin kematian disebabkan kesan fizikal melanda dirinya seperti tidak makan ,tidak tidur,mencedara diri sendiri dan kemalangan diri.  Saya simpati melihat ramai pesakit dikenakan pengeras beratus ratus ringgit ,mungkin ribuan ringgit asalkan mereka sembuh. Ada pengamal perubatan merawat diatas nama "Rawatan Perubatan Islam" tetapi masuk daftar pun sudah kenakan caj , ini belum lagi kos air tawar ,ubat herba dan lain lain. Jika hendak Ada pesakit kerana kurang iman nya sanggup  menjumpai dukun yang mengamal ilmu  sihir jin atau mahkluk halus dan ada yang pergi jumpa sami siam . Kenapa harus begitu? Sebenar ini lah  misi puak syetan dan jin ,apa bila dilanda sakit misteri kita akan hilang kewarasan dan akidah dan akhirrnya syirik kepada Allah.   

Simptom penyakit GMH menyerupai penyakit "mental disorder".
Tidak heran jika pesakit dimasukkan ke wad "Sakit Jiwa"jika mendapat sakit ini,kerana simptom nya sama ia itu, fikiran tidak tenang berakhir dengan meracau, melihat dan mendengar sesuatu seperti suara atau visual, tidak lagi pandai mengurus diri,ada yang terus koma. Pihak hospital akan mengurus pesakit itu supaya tidak mencederakan diri sendiri dan memberi ubat ubat penenang dan ubat tidur. Biasanya doktor akan diagnosnya sebagai penyakit "Bi Polar,Scizophrenia ,depresiion dan sbgnya. Tetapi siapa yang boleh mengesahkan kan nya itu ada lah penyakit gmh?

Tanda Tanda  Penyakit GMH
Tanda Awal
Tanda tanda awal mungkin banyak dan berbeda mengikut pesakit tetapi biasanya seperti berikut :-
1 Dada berdebar debar
2 Rasa sesuatu bergerak gerak di kulit dan seluruh badan
3 Suka termenung ,gelisah dan tidak tenteram
4 Mimpi yang pelik seperti bintang ular,jengking,anjing hitam  dan sgbnya
5 Terbangun dari tidur ditengah malam ,kadang kadang menangsi tidak tahu sebab
6 Mimpi terbang atas angkasa
7 Kurang selera makan atau makan tanpa batasan dalam keadaan luar biasa

Tanda TandaAkhir
1 Terdapat penyakit luarbiasa pada badan seperti penyakit kulit,gatal,perut buncit ,sendi sendi sakit,muntah darah dan lain lain.
2 Tidak sedarkan diri atau histeria
3 Fikiran meracau tidak mengenali diri sendiri atau orang disekelilingnya

Terapi Ayat Ruqyah -
 Beberapa ayat al quran jika dibaca insyaAllah dapat melindungi kita dan kediaman kita dari ganguan setan ,jin dan makhluk halus yang sentiasa mengambil peluang untuk merosakan hidup kita. Tetapi malangnya bukan semua orang islam dapat membaca al quran,ada langsung tidak mahu belajar .Juga ada yang dapat membaca tetapi tajwidnya entah ke mana ,jika kita membaca nya dengan cara tidak betul , puak puak jin mungkin akan mentertawakan kita semula ,bukan takut dengan al quran itu.

Apabila anda mendengar ayat ayat ini dan terdpat GMH pada diri anda atau kediaman anda tanda tanda beriikut akan kelihatan :-
a Rasa gelisah
b Rasa sesuatu bergerak dibadan
c Panas atau sejuk
d sakit bertamabh sekejap tatapi hilang kemudian
e hendak muntah atau loya ,sendawa
f Jika ada gangguan dirumah,sesuatu bunyi aneh mungkin dapat didengari atas atap,bunyi binatang lain lain

Cara Mengguna
1 Terlebih dahulu mohon doa kepada Allah swt, sembuh dan lindungi diri dari penyakit disebabkan gangguan mahkluk halus,jin,syten dan niat jahat manusia.Amin
2  Pasangkan alat pandang dengar dan "on" 3 kali sehari  semasa hendak tidur,subuh dan petang.Semasa tidur elok diulangi bacaan nya sehingga pagi, hayati lah bacaan nya dengan penuh khusyuk
3 Jika kediaman itu "keras" bunyikan alat itu dgn kuat supaya nyaring dan kuat.
4 Elok download mp3 ini ke laptop,CD ,pendrive atau alat mp3

ANDA DIBENARKAN DOWNLOAD MP3 INI disini......
rukyah quran mp3 

Monday, September 27, 2010

GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Asal Usul Dan Kehidupan Syaitan .

Syaitan (jin) merupakan makhluk yang diciptakan dari api ,yang hidup di dimensi lain yang manusia tidak boleh nampak. Jika manusia berasal dari adam , jin pula berasal dari keturunan Jaann .Firman Allah SWT Dan Allah telah ciptakan Jaann daripada nyalaan api yang sangat panas"-Ar Rahman:15. . Jaann(bapa jinn) melahirkan keturunan terdiri daripada jin islam dan jin kafir (syaitan adalah jin kafir). Dimensi atau alam mereka sangat dekat dengan alam kita ,malah mereka mungkin berada dalam rumah kita . Itu ada lah penetapan Allah SWT kepada anak cucu adam di dunia ini. Nabi di anugerah Allah SWT melihat jin kerana itu lah mukjizat nya . Ibn Taimiyah (syaikul islam) berkata " jin dapat menyerupai bentuk binatang seperti ular,kala jengking,unta,sapi ,kambing,kuda,baghal,burung dan anak keturunan adam". Jin dan syetan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal. Jin/syetan boleh di bunuh oleh manusia apabila menjelma kepada bentuk seperti yang disebutkan,tetapi tidak dengan iblis yang dipanjangkan umur hingga ke hari akhirat. Dalam al quran banyak dibicarakan mengenai jin dan kehidupannya didalam surah Al Jinn (diturunkan di mekah) mengandungi 28 ayat. Jin mempunyai akal.nafsu,berilmu,berkelamin,membiak,makan dan minum dan dipertangungjawab untuk beribadat kepada Allah dan ditegah melakukan kekufuran dan maksiat. Ada kah kita masih hendak menolak kewujudan jin walaupun diterangkan dalam sebahagian al quran.?

Kaum jin merupakan penghuni bumi lebih terdahulu daripada kaum adam. Kerosakan yang di buat oleh jin di muka bumi ini telah menyebabkan Allah SWT mengutus malaikat yang diketuai oleh iblis memerangi mereka dan mengusir mereka dari membuat kemusnahan. Ada lah di percayai perhubungan kaum jin dengan manusia menyebabkan pendedahan berbagai bagai ilmu di antara ilmu seni bina unik terdapat pada piramid,Taman Babylon di Iraq,Masyrakat Dogon di Pulai Mali Barat Afrika dan banyak lagi. Nabi Muhammad pernah menyebut mengenai berbagai jenis jin menerusi sabdanya " Jin terbahagi kepada tiga kelompok.Satu kelompok mempunyai sayap yang membolehkan mereka terbang di udara. Satu pertiga lainnya berbentuk ular dan anjing ,manakala sepertiga lagi boleh bertukar bentuk dari satu bentuk ke bentuk yang lain."(Diriwayatkan oleh Bhaiqi dengan sanad sahih.)


Bagaimana pula dengan hantu ? Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai hantu. Baginda menjawab "Mereka adalah bangsa jin yang ahli sihir" (Hadith ini bersumber dari Jabir r.a di ceritakan oleh Abdullah B Ubaid Bin Umair). Di dunia nusantara terutamanya bangsa melayu, terdapat beberapa jenis hantu diantaranya hantu raya, hantu bungkus, hantu pari, hantu tanglung, hantu jerongkong, hantu air,pelesit)polong),pontianak,langsuir,toyol dll. Bagaimana pula dengan Alien atau UFO? Ada lah dipercayai ada diantara kaum jin ini dapat menembusi dimensi manusia dan apabila ini berlaku masyarakat kita yang pernah nampak mereka menganggap nya itu sebagai UFO dan percayai makhluk ini dari planet lain,walhal mereka ini ada lah spesies jin yang hidup dibumi sendiri yang menjadi penghuni planet ini. Berapa ramai kah golongan jin ? Rasulullah SAW bersabda "sesungguhnya Allah menciptakan malaikat,jin, dan manusia itu 10 bahagian.Kadar keramaian malaikat ada lah 9 bahagian ,sedang jin dan manusia itu hanya satu bahagian. Kemudian dari satu bahagian itu dipecahkan pula kepada 10 bahagian kecil. Sembilan bahagian dapadanya ada lah bilangan jin manakal hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia. " Jadi boleh dirumuskan malaikat 90,jin 9 dan manusia 1. Tidak kah angka ini mengerunkan kerana seolah oleh mereka ini berada di mana mana sahaja.

Gangguan dan penyakit disebabkan makhluk halus.

Masyarakat moden ada yang masih tidak mempercayai wujudnya mahkluk halus. Ada yang terlalu mempercayai nya sehingga meninggalkan kesan psikologi yang tidak baik keatasnya. Tetapi al quran sudah mengesahkan kewujudan mereka dan kemusnahan yang mereka dapat lakukan ke atas manusia. Jika kita mengkaji sedalam dalamnya hadis dan alquran ,ternyata sekali musuh manusia ada lah syetan ,jin dan iblis yang di laknati Allah. Mereka mempengaruhi setiap sudut kehidupan kita dan berada didalam tubuh kita melalui perjalanan darah yang mengalir. Mereka menghasut kita untuk melakukan zina, menipu dalam peniagaan,menghasut kita supaya berlaku perbalahan, mengabaikan amal ibadat,melakukan syirik, makan dan minum dari sumber haram dan lain lain lagi. Tahu kah anda penyakit darah tinggi juga dipengaruhi oleh makhluk halus bernama "ummi mildam" yang mengalir dalam darah manusia itu ! Penyakit angin ahmar (stroke) juga dipengaruhi oleh mereka dan rasullulah mengajar dengan doa untuk menghindar penyakit anging ahmar ini ,yang boleh menyebabkan lumpuh dan hilang upaya. Sebab itu lah kita diajar setiap masa memohon berlindung dengan Allah dari syetan yang direjam dan menjalani lah kehidupan kita dengan cara yang diajar oleh Rasulullah SAW. 


BERIKUT ADA LAH TANDA TANDA GANGGUAN JIN KEPADA MANUSIA.
A.TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR.

1. Sukar tidur malam
2. Gelisah dan sering terbangun pada waktu malam
3. Mimpi buruk, iaitu mimpi melihat sesuatu yang
membahayakan lalu ingin berteriak meminta pertolongan
tetapi lidahnya seakan-akan kelu
4. Mimpi melihat berbagai-bagai binatang seperti kucing,
anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus
5. Tertawa, menangis atau berteriak pada saat tidur
6. Bunyi gigi geraham beradau pada saat tidur
7. Merintih dan meratap pada saat tidur
8. Berdiri dan berjalan dalam keadaan tidur dan tanpa
kesedaran
9. Mimpi seolah-olah akan terjatuh dari tempat tinggi
10.Mimpi berada di kuburan, tempat pembuangan sampah atau
dijalan yang mengerikan
11. Mimpi melihat orang aneh seperti terlalu tinggi,
terlalu pendek atau terlalu hitam
12. Mimpi melihat hantu

B. TANDA-TANDA DIWAKTU JAGA.

1. Selalu pening yang tidak disebabkan oleh faktor-faktor
anggota badan
2. Selalu lalai dari zikir dan mengingati ALLAH
3. Fikiran kacau dan tidak menentu
4. Badan lemah dan tidak bertenaga
5. 
Saraf terganggu
6. Rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh
yang tidak dapt di kesan oleh Doktor
7. Berlaku rasukkan yang tanpa sedar

PETUA BERGUNA BAGI MENGELAK GANGGUAN JIN ATAU MAKHLUK HALUS MENGIKUT JENIS JENISNYA. 


Terdapat beberapa jenis hantu yang wujud dikalangan masyarakat melayu diantaranya  ;
Hala  - ini ada lah jelmaan "harimau" besar yang saiznya lebih besar dari empat ekor lembu. Hala ini bengis dan perlu dilihat dengan kaedah kebatinan.
Hantu Raya -  Jelmaan hantu raya selalunya merupa susuk tubuh lelaki namum bersaiz besar dan tinggi  yang luar biasa. Hantu raya paling takut kepada buluh tajam atau pun buluh terbelah,tidak kira apa jua buluh pun.Untuk mengelak gangguannya ialah dengan membuat pengapit seperti gunting dan letakkan pada tempat yangb menjadi laluan dirumah seperti muka pintu.  
Anak Kerak - menjelma berupa seekor beruk. Untuk menghindar gangguan anak kerak ini lakukan dengan meletakkan bawang merah yang dicucuk dengan lidi.Letakkan di muka pintu atau laluan nay masuk ke dalam rumah,insyaAllah ia tidak akan masuk lagi.
Pelesit -  makhluk ini biasanya terbang, untuk menghindarnya guna "paku" panjang terutamanya yang berkarat atau "lidi" kelapa.
Toyol -  makhluk ini biasanya kecil sama besar dengan bayi baru lahir tetapi rupa menakutkan .Makhluk ini juga takut pada "lidi" , bagi mengelak gangguannya  letakkan lidi pada tempat yang mungkin menjadi laluannya. Toyol ini dikatakan tidak takut pada al quran sebab itu terjadi juga kejadian kehilangan wang walaupun disimpan pada celah al quran. Selain lidi ,"jarum" peniti boleh digunakan.
  
 "TANAH LIAT" - KHASIATNYA DALAM PERUBATAN ALTERNATIF.

Manusia berasal  dari tanah .dan ke tanah lah ia dikembalikan . Berasalkan ilmu bangkit asal usul manusia ,perubatan mengunakan tanah telah digunakan sejak Zaman berzaman dahulu. Kalau ilmu perubatan mioden menguna tanah , arang untuk membuang toksin dalam perut dan usus ,tanah liat juga diguna dalam  perubatan alternatif . Dalam saat saat kecemasan (tidak terdapat penawar terdekat) tanah liat boleh dimakan jika anda termakan benda toksik sama ada disebabkan racun atau santau. Jika anda terkena gigitan ular ia boleh   disapu  pada luka tersebut sebelum merawat dengan kaedah moden.(Anda dinasihatkan jangan menguna tanah kubur kerana ia di anggap mati dan tida khasiat.   

MENGELAK DARI "ILMU PUKAU".

Kejadian merompak menguna pukau sering terjadi di kalangan masyarakat kita. Pukau ini biasanya dibuat dengan menguna perantaraan jin atau makhluk halus. Salah satu cara untuk menghindar pukau dirumah ialah dengan menyandar penyapu lidi pada belakang pintu.

ANDA DINASIHAT MERUJUK KEPADA ARTIKEL BERAMAL DGN AL MATHURAT DAN MEMOHON PERLINDUNGAN DGN ALLAH DENGAN AYATUL KURSYI....

Terapi Dengan Bacaan Al Quran Ruqyah MP3 ...sila klik dibawah
http://rawatansakitmisteri.blogspot.com/